JANGAN HAMPIRI ZINA
Wednesday, 27 February 2013 • 14:19 • 0 comments
Allah SWT berfirman:
“Dan
mereka yang memelihara kehormatannnya.”(Q.S Al Mukminun:5)
Yakni dari sesuatu yang haram.
“Dan
jgnlah kamu menghampiri perbuatan keji,baik yang lahir mahupun yg batin.” (Q.S AL An’am: 151)
Baik yang besar,iaitu zina mahupun yg kecil iaitu
mencium,menyentuh,atau memandang.Sebagaimana tersebut dlm Hadis Rasullulah SAW,
“Tangan,kaki
dan mata juga boleh berzina.”
Allah SWT berfirman:
“Katakanlah
kepada orang-orang mukmin lelaki supaya mereka merendahkan pandangan
mereka(melihat yg terlarang) dan menjaga kehormatan(jgn berzina).Itu lebih suci
bagi mereka.”
(Q.S An Nur:30)
Allah SWT telah memerintahkan lelaki atau perempuan
memalingkan pandangannya dari hal yg haram dan menjaga kehormatan serta
mengharamkan zina dlm banyak ayat Allah SWT telah berfirman:
“Barangsiapa
yang berbuat demikian,nescaya akan menemui dosa (seksa).”
(Q.S Al-furqan: 68)
Dirawikan dari seorang sahabat dia berkata, “Hindarkan akan zina.Di dalamnya ada enam
hal.Tiga di dunia dan tiga di Akhirat. Yang di dunia adalah berkurangnya
rezeki,putus ajal dan bermuka durja. Ada pun yang di Akhirat, kemurkaan Allah,
hisab yg berat dan masuk Neraka.”
Dirawikan bahawa Nabi Musa as berkata, “Ya Tuhan,apakah
seksaan untuk orang yang berzina?”
Allah SWT
,menjawab,
“Ku-kenakan
padanya baju besi dari Neraka.Kalau diletakkan di gunung,tentu hancur.”
Dirawikan bahawa perempuan nakal lebih disukai Iblis
daripada seribu lelaki jalang.Dalam kitab al Mashabih,Rasullulah SAW bersabda:
“Jika
seseorang berzina,hilanglah imannya dan di atas kepalanya ada semacam
kegelapan.Jika dia bertaubat dari perbuatan itu,iman akan kembali kepadanya.”
Dalam kitab ‘Iqna’ tersebut,Rasullulah SAW bersabda:
“Tidak
ada dosa yg lebih besar di sisi Allah daripada lelaki yang meletakkan mani pada
orang yang tidak halal baginya.”
Adapun liwat lebih besar dosanya.Dirawikan dari Anas bin
Malik ra dari Nabi SAW,baginda bersabda:
“Barangsiapa
liwat takkan mencium bau Syurga.Meskipun bau itu tercium dari sejauh lima ratus
perjalanan.”
Qadli Iman ra berkata: Kudengar seorang guru berkata, “Setiap
wanita disertai satu syaitan dan setiap lelaki disertai dgn lapan belas
syaitan.” Dirawikan, “Siapa mencium lelaki dgn syahwat, Allah
menyeksanya di neraka lima ratus tahun. Jika mencium dgn syahwat, bagai zina
dgn tujuh puluh gadis. Siapa berzina dgn gadis, seoalah-olah berzina dgn tujuh
puluh janda. “
Dalam kitab ‘Raunaqut Tafsir’ , al-Kalbi berkata, “Orang
pertama yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth adalah Iblis.Ia menjelma
sebagai pondan cantik, merayu mereka hingga mereka menikahinya. Kemudian hal
itu jadi kebiasaan mereka. Sampai Luth diutus melarang kebiasaan itu dan
mengajak mereka menyembah Allah SWT, sekaligus mengancam mereka membiasakan
membuat maksiat kepada Allah SWT. Mereka menentang dgn berkata, “datangkan
seksa itu jika kamu benar.” Kemudian Luth mohon kepada-Nya agar menolongnya
menghadapi mereka. Segera saja Allah SWT menghujani mereka dengan batu yang masing-masing
tertulis nama orang yang menjadi sasarannya.Itulah makna firman Allah SWT:
“Lagi
diberi tanda disisi Tuhanmu.” (Q.S Hud: 82)
#TERJEMAHAN DARI KITAB MUKASHAFAH AL-QULUB OLEH IMAM AL-QHAZALI#
xoxo, The Shining Star
Disclaimer
«
«
«
«
Taggie Board