Dashboard | +Follow
Like A Paradise
Tanya sama hati
Wednesday, 16 January 2013 • 02:57 • 0 comments

Siti Solehah......
nama yg cukup indah,
tapi sayang orgnya tidak seperti namanya.

Siti Solehah,
layakkah kau diberi nama sebegini
sedangkan kau tidak seperti itu...

Siti Solehah,
mengapa kau lakukan sedemikian rupa?
sudahkah kau lupa pada hukum Allah?
sudahkah kau lupa pada azab Allah yg sangat dasyat?

Siti Solehah,
adakah kau tidak lagi dapat membezakan yg mana haram dan yg mana halal?
adakah kau masih tidak mengerti apa itu dosa dan pahala?
di manakah janji2mu sewaktu dulu?
mana pergi janji itu?
mengapa kau mengingkarinya sedangkan kau sendiri yg berjanji untuk itu..

Siti Solehah,
sudahkah kau lupa pada perjanjian di akhirat kelak?
sudahkah kau lupa akan hari kematian?
sudahkah kau lupa akn hari manusia dibangkitkan kembali pada hari pembalasan?
sudahkah kamu lupa akn semua itu?
Arstaqfirullahalazim.....

Siti Solehah,
mengapa kamu jadi sedemikian?
mana pergi imanmu yg sepanjang kamu hidup selama 21 tahun ini?
mana pergi bentengmu yg kamu bina dari musuhmu yang nyata?

Siti Solehah,
tidakkah kamu kasihan akn kedua ibu bapamu?
tidakkah kamu terfikir akn mereka?
tidakkah kamu terfikir akn perasaan mereka saat dan ketika ini?
tergamakkah kamu melihat ibu bapamu menanggung dosa2 yg kamu buat?
mana perginya kasih sayang mu pada ibu bapamu?
adakah ini balasan yg kamu bagi setelah 21 tahun penat lelah mereka mendidikmu?
sungguh,jika ini yg kamu bagi,tidaklah kamu berbau syurga kerana kamu dh melukakn hati mereka..
kamu sudah derhaka pada ibu bapamu....

Siti Solehah,
tidakkah kamu kasihan akn ayahmu di alam berzakh sana?
sanggupkah kamu membiarkan ayahmu diseksa akibat perbuatanmu itu?
mana pergi sifat malu mu sbg hamba Allah?

Siti Solehah,
bayangkan di saat kamu dlm kegelapan,
kamu dipanggil menghadap Yang Maha Esa,
dan ketika itu,malaikat dtg untuk mencabut roh kamu dlm keadaan dirimu sebegitu,
dan ketika itu sempatkah kamu bertaubat?
adakah syurga atau neraka yg akan jadi tempat tinggal mu kelak,
saat itu jgk tidak siapa yg dapat menolong mu melainkan dirimu sendiri..


Wahai Siti Solehah,
kamu seharusnya bersyukur kerana Allah masih sayangkanmu,
Dia sentiasa memberi perhatian padamu sedangkan kamu tidak sedar akn kehadiranNya,
beruntunglah kamu kerana Dia tidak cepat untuk menghukum mu disaat dirimu bergelombang dgn dunia,
Dia masih memberi peluang untukmu kembali pada yg benar,
Dia tahu kamu tergelincir dari landasan yg betul sehinggalah Dia tarik kamu kembali dlm dakapanNya,
Dia tahu kamu sudah tewas,kamu gagal dlm ujianNya kali ini,
tetapi janganlah kamu jatuh dan terus jatuh lagi,
berusahalah untuk bangkit kembali,
belajarlah dari kesilapan lalu,
tetapkanlah pendirianmu,
semoga satu hari nanti ia tidak akn berulang lagi.
jadikanlah Allah sebagai keutamaan,
ingatlah,hati2 dgn permainan dunia kerana ia boleh membahagiakan dan ia juga boleh meyesatkan serta melalaikan kita,
tidak ada yg mustahil jika kamu letakkan Allah sebagai keutamaan dlm apa2 jua urusan,
Dia Maha Melindungi....
ingatlah tidak ada istilah terlambat selagi pintu rahmat Allah masih terbuka luas..
raihlah kasih sayangNya seberapa byk yg mampu setiap kali dlm sujudmu,
kerana kamu sendiri tidak tahu bialakah sujud terakhirmu...
mungkin boleh jadi harini,esok atau lusa...

Wahai Siti Solehah,
janganlah kamu kecewa apa yg kamu lalui,
tetapi bangkitlah kembali dari kekecewaan lalu,
sesungguhnya setiap inci ujian yang Allah turunkan ada hikmahnya walaupun kamu sendiri belum mengerti lagi,
tetapi percayalah,setiap yg berlaku ada sebabnya.

Wahai Siti Solehah,
jangan kamu lebihkan cinta dunia dari cintaNya,
jangan kamu lebihkan cinta manusia dari cintaNya,
kerana dengan ada cintaNya,kamu adalah orang yg paling bahagia,
berdoalah,menangis lah dlm sujudmu,
sesungguhnya,Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui akn keadaaanmu,
jika kamu berputus asa,berjuanglah terus meskipun dlm keadaan putus asa,
jika kamu tersungkur lemah,tidurlah kamu dlm keadaan lemah,
jika kamu bersedih,menangislah semahumu,
kerana pertolongan Allah akn tiba tepat pada masanya,
tidak Allah membiarkanmu terkapai2 di saat hidupmu derita,
setiap titisan air mata duka dan kesabaran yg tinggi yg kamu tanamkan dlm hati,
Allah akn gantikan dgn sesuatu yg kamu sendiri tidak sangka...
Oleh itu,berbahagialah dengan ujian yg Allah bagi kerana ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya,tanda rindu pada hambaNya....
Lah tahzan Siti Solehah,Allah kan ada... :'(



Ya Allah,
setiap kali aku tersungkur lemah dlm sujudku padaMu,
setiap kali itulah juraian air mata mengalir,

Ya Allah,
sungguh aku tidak kuat pada saat ni,
semangat aku kian luntur,
aku hampir berada dlm keadaan putus asa,
aku cuba kuatkan diri untuk tersenyum,
tetapi aku masih belum pulih lagi dari kedukaan,
kedukaan yang aku cipta sendiri,

Ya Allah,
apakah semua ini petunjuk dariMu untukku,
aku keliru Ya Rabbi,
aku keliru dgn hati sendiri,

Ya Allah,
bawalah aku terbang jauh,
terbang dari kelompok kedukaan,
aku mohon Ya Rabbi,
aku tidak mampu lagi untuk menanggung beban yg masih menebal dlm hatiku,
aku buntu,aku xterdaya untuk melawan lagi,
aku tewas,ya kali ini aku tewas,
aku tewas dlm ujianMu,
hanya menanti azab dariMu Ya Allah,
sungguh aku tidak mampu untuk menanggung azabMu itu,

Ya Allah,
ampunkanlah aku,
ampunkanlah atas ketelanjuranku,
maafkanlah hambaMu yg sehina ini,
sungguh aku manusia jahil yg perlu byk bimbingan,

Ya Allah,
bawalah aku keluar dari tempat kedukaan ini,
sesungguhnya Engkau mengetahui akn kesulitan yg aku hadapi saat ini,
dekatilah diriku Ya Allah,setiap saat dan setiap waktu,
berilah aku kekuatan untuk aku terus bangkit dari masa lalu,
aku mohon Ya Rabbi,aku merayu...
kali ini aku tidak kuat lagi,
sungguh aku lemah...
Arstaqfirullahalazim..... :'(







SINCERELY....SITI SOLEHAH BAH)ARI... 
(plezzzz keringkan airmata ni....bangunlah kembali kerana Allah....kamu kuat Siti Solehah....chaiyok2x...HWAITING... :') )



xoxo, The Shining Star



Disclaimer

Hi, im *ur name*. Steal anything what u can steal :D. bold italic underline strike



« Go back to entries
« Look her profile
« Exchange Link is open
« Anything here

Taggie Board


[!] IMPORTANT [!]


Time Machine



Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : YOUR NAME
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google